Sehingga pukul 9 pagi ini, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan berkurangan kepada 6,570 orang berbanding 8,074 orang petang semalam.


Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga kini, 42 pusat pemindahan sementara masih dibuka melibatkan daerah ini, Temerloh, Maran, Rompin, Pekan, Bera, Jerantut dan Lipis.


“Daripada jumlah itu, 22 pusat pemindahan adalah di Kuantan, Temerloh (dua buah), Maran (tiga buah), Pekan (tujuh buah), Bera (lima buah) dan masing-masing sebuah di Rompin, Jerantut serta di Lipis,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE