Jumlah itu meningkat berbanding 17 mangsa daripada lima keluarga ketika PPS itu dibuka petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, paras air Sungai Muar di Segamat menunjukkan peningkatan dan pemantauan sedang dilakukan agensi terlibat berikutan hujan yang masih berterusan di kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE