Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusof berkata, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, SK Sungai Ular, SK Sungai Karang, SK Kempadang, SK Beserah, SK Sungai Isap Murni dan Dewan Orang Ramai Balok.

"Jumlah mangsa banjir paling ramai dipindahkan ke pusat pemidahan sementara ialah di SK Cherating sebanyak 94 orang diikuti SK Kempadang (72 orang), SK Sungai Karang (63 orang), SK Beserah (56 orang), SK Sungai Isap Murni (39 orang), Dewan Orang Ramai Balok (30 orang) dan SK Sungai Ular seramai 22 orang," katanya di sini hari ini.

Banjir melanda beberapa perkampungan di daerah ini selepas hujan berterusan berikutan musim tengkujuh sejak beberapa hari lalu. - UTUSAN ONLINE