Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, dua lagi pusat pemindahan ditutup iaitu Dewan Kampung Sungai Pial, Merbok dan Surau Teluk Binu, Sidam Kanan.

“Pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah di Dewan Taman Setia Budi, Pekula, daerah Kuala Muda, yang menempatkan 55 mangsa daripada 13 keluarga; dan di Surau Kampung Baru Jemerli, Merbau Pulas, daerah Kulim (31 mangsa, enam keluarga),” katanya.

Beliau berkata di daerah Pendang pula, satu pusat pemindahan di Dewan Rakan Sukan, Mukim Ayer Puteh, masih menempatkan 213 mangsa daripada 56 keluarga.- BERNAMA