Jumlah tersebut meningkat berbanding 99 mangsa daripada 27 keluarga yang ditempatkan di empat PPS berkenaan pada pukul 10 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, di Segamat, 46 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Gemereh 4 Balai Badang dan 10 orang daripada dua keluarga di PPS Balai Raya Kampung Pogoh Tengah.

Sementara itu, di Mersing seramai 34 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Tenglu Besar dan 28 orang daripada tujuh keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan.

“Jalan Telok Arong di Mersing ditutup satu lorong untuk lalu lintas akibat runtuhan cerun. Pemantauan berterusan dilakukan oleh agensi dan Pejabat Daerah Mersing,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE