Pengarahnya, Zukarnain Yassin berkata, dalam operasi kali ini, pihaknya menggunakan strategi dan pendekatan menempatkan anggota JPJ yang menyamar sebagai penumpang selain rakaman video oleh penguatkuasa selain rondaan serta aduan orang awam.

Beliau turut menarik perhatian, seramai 72 pegawai serta anggota jabatan itu akan ditugaskan di sepanjang operasi sempena perayaan Tahun Baharu Cina itu nanti.

“Di samping itu kita juga telah jalankan pemeriksaan ke atas 68 buah bas ekspres melibatkan lima depot bagi memastikan semua aspek keselamatan fizikal termasuk brek dan lampu sentiasa dipatuhi,” katanya.

Zukarnain menyatakan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Ops Tahun Baharu Cina di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE