Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jiran dengar jeritan mangsa, tetapi tidak mampu menolong

Hazin 3
Hazin

KUALA LUMPUR 14 Sept.- "Mangsa menjerit minta tolong dari dalam asrama namun asap tebal dan api marak menyukarkan kami untuk membantu mereka," kata Hazin, 69 saksi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, pukul 5.30 pagi tadi.

Menurutnya, ketika itu dia sedang nyenyak tidur dan jeritan kuat menyebabkan dia terjaga dan berlari ke pusat tahfiz tersebut untuk menghulurkan bantuan.

“Saya cuba mencari jalan untuk masuk ke pusat tahfiz itu namun pintu gril berkunci hingga saya tidak mampu melakukan apa-apa.

“Bukan saya seorang sahaja, ada beberapa lagi jiran tetaangga yang menghulurkan bantuan dan kami sedaya upaya mencuba untuk memadamkan api kebakaran sebelum pihak bomba sampai,” ujarnya.

Dalam kejadian itu, kira-kira 24 mangsa termasuk dua guru dipercayai maut akibat terhidu bau asap tebal.

Kejadian kebakaran didapati berlaku di tingkat dua bangunan tersebut dan api dapat dikawal pada pukul 6.15 pagi sebelum padam sepenuhnya pada pukul 6.45 pagi.

Malah, difahamkan kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan dan kira-kira 24 mayat telah dikeluarkan manakala tujuh lagi yang terselamat cedera.

Sementara itu, seorang lagi saksi Nurhayati Abdul Halim, 46, berkata, dia hanya mampu menangis melihat kejadian itu memandangkan dia tidak mampu berbuat apa.

“Ahli keluarga saya menelefon pihak bomba bagi mendapatkan bantuan. Saya sangat terkejut dan kaku melihat kejadian itu kerana berlaku pertama kali di depan mata saya.

“Suara mereka meminta tolong masih terngiang-ngiang lagi dalam fikiran kerana mereka agak rapat dengan saya memandangkan asrama tersebut terletak di depan rumah saya,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain