Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), jerebu turut melanda di dua kawasan lain iaitu Sungai Petani dengan bacaan IPU 116 dan Kulim (102).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http:/apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Dalam pada itu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dalam satu kenyataan di sini menasihatkan agar orang ramai orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi meminimumkan kesan jerebu terhadap kesihatan.

“Ekoran fenomena jerebu ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah sentiasa komited dalam usaha memantau bacaan IPU terkini supaya dapat memastikan keselamatan orang awam sentiasa terjaga dan diberi keutamaan.

“Pemantauan akan sentiasa dibuat dari semasa ke semasa dengan bilik gerak APM bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Infografik:

Jerebu pada masa sama boleh menyebabkan anda mengadapi kesan seperti berikut:

• Sakit mata

• Selsema

• Batuk

• Asma

• Sakit tekak

• Sakit jantung

• Radang paru-paru

• Masalah saluran pernafasan kronik

Langkah penjagaan

1. Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta sentiasa memakai penutup muka yang sesuai jenis P100 ataupun N95 jika perlu untuk keluar rumah.

2. Pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih dan bebas dari sebarang pencemaran asap rokok mahu pun pencemaran seperti asap kebakaran.

3. Sentiasa mengamalkan etika kebersihan dengan mencuci tangan secara sempurna dan muka apabila keluar dari rumah.

4. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

5. Gunakan mod pendingin hawa, udara kitaran dalam apabila memandu untuk mengelakkan udara luar masuk ke dalam.