Jenazah Muhammad Hanif Ismail, 8, dan kembarnya, Nur Ain Hanifah, 8, serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22, dikebumikan dalam satu liang lahad.

Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Bukit Kuin kira-kira pukul 9 pagi ini untuk disembahyangkan.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, seorang lagi adik-beradik mereka, Nur Ain Harizah,13, cedera ringan.

Ibu dan bapa mereka, Ismail Yaacob, 53, dan Zarina Yong, 44, pula masing-masing cedera parah dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan. - UTUSAN ONLINE