Jenazah Mohd. Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, dikebumikan pada pukul 5.45 petang di Tanah Perkuburan Islam Changkat Belengkor di sini.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Toh Puan Besar Hatijah di sini.

Kira-kira 300 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan Allahyarham hadir pada majlis pengebumian tersebut.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.45 petang semalam di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor.

Mohd. Ruzaimie cedera parah akibat kereta unit kejuruteraan lapangan terbang yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. - UTUSAN ONLINE