Jurucakap bomba berkata, dua beranak itu tiba di BBP Bintulu pada pukul 8.59 malam dalam keadaan mangsa menahan kesakitan.

“Kanak-kanak itu ditemani bapanya datang ke balai untuk mendapatkan bantuan mengeluarkan jarinya yang tersepit di tombol pintu.

“Anggota yang bertugas menggunakan alat pemotong cincin dan peralatan khas lain untuk mengeluarkan jari mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi menyelamat itu mengambil masa 40 minit bagi mengeluarkan jari mangsa daripada tombol berkenaan.

Katanya, kanak-kanak lelaki tersebut hanya mengalami kecederaan kecil pada bahagian luar jari.

Tambahnya, setelah selesai operasi, pihak bomba meminta bapa mangsa membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital. - UTUSAN ONLINE