Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu bagi menghormati perasaan waris keluarga mangsa selain menghindarkan orang ramai menjadi mangsa.

“Saya harap tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas tragedi ini, orang ramai boleh menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan sebarang perkara berkenaan,” katanya ketika diminta mengulas penularan tabung bencana insiden malang itu sejak awal pagi tadi.

Menurut Asyraf, orang ramai juga diaaran tidak menyebarkan gambar atau video mangsa rentung insiden kebakaran di pusat tahfiz itu bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Sementara itu, pihaknya sedang berbincang bersama pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan keluarga bagi menguruskan jenazah yang sebahagian daripada waris bersetuju untuk mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Karak manakala sementara yang lain mengikut perkampungan keluarga masing-masing.

“Urusan mandi, kapan dan solat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.- UTUSAN ONLINE