Agensi itu dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan sentiasa memantau situasi kebakaran itu serta memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula.

Jelasnya, pasukan Pengurusan Krisis Cawangannya sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar.

“Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, operasi pemindahan telah dilakukan dan pejabat dan perkhidmatan kaunter ditutup.

“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas,” jelas KWSP.

KWSP juga menjelaskan cawangannya itu telah ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak berikutan kejadian kebakaran tersebut.

“Pencarum dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut,” jelasnya.

Ahli dan pencarum juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my, tambah KWSP.-UTUSAN ONLINE