Jambatan sementara itu diteng­gelami air kira-kira pukul 6.30 pagi ini, apabila hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Ahmad Kamizi Jalil berkata, ini merupakan kali ke-24 jamba­tan itu tenggelam.

Katanya, perkara itu bukan sahaja mencemaskan penduduk di 10 buah kampung, malah kepada pengguna jalan raya Gua Musang-Jeli.

“Sejak jambatan kekal runtuh pada banjir besar penghujung Disember 2014 lalu, penduduk sering menghadapi masalah perhubungan.

“Kami menjangkakan jambatan ini akan lebih kerap tenggelam kerana sudah memasuki musim tengkujuh,” katanya.

Seorang penduduk kampung Pulau Setelu, Rohaizad Che Soh, 40, berkata jambatan itu telah ditutup sejak pukul 7 pagi tadi dan mengharapkan agar pengguna jalan raya menggunakan jalan alternatif lain untuk ke Jeli.

“Air sungai naik dengan begitu cepat dan kita berharap agar mereka tidak bergadai nyawa untuk melalui jambatan itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE