Berikutan itu, jambatan tersebut telah ditutup kepada semua kenderaan sejak pukul 5.30 petang tadi.

Seorang penduduk, Mohamad Ismail, 56, berkata, hujan lebat sejak pukul 3.15 petang tadi menyebabkan air sungai naik melimpahi jambatan itu.

Katanya, jambatan itu mudah tenggelam apabila hujan lebat berterusan lebih tiga jam.

”Ini merupakan kejadian kali kedua jambatan tenggelam dalam tempoh dua minggu ini. Kejadian terbaru berlaku pada pagi 28 September lalu.

“Kita menjangkakan jambatan ini akan tenggelam berpuluh kali lagi apabila jambatan itu kerap tenggelam pada musim tengkujuh," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd. Yusoff Abdullah, 43, pula berkata, penduduk perlu menggunakan jalan alternatif lain untuk ke bandar Gua Musang.

Katanya, mereka sudah biasa berdepan dengan kenaikan air sungai yang menyebabkan jambatan tenggelam kerana kedudukannya yang rendah. - UTUSAN OLINE