Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.20 petang dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi Empayar Indera.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan laluan Sumpitan - Ijok sebaliknya menggunakan jalan alternatif lain iaitu Jalan Lenggong- Kuala Kangsar.

“Pemantauan berterusan juga dilakukan oleh Ketua Polis Balai Lenggong dan pemasangan papan tanda amaran turut telah dilakukan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE