Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, isyarat telefon bimbit kepunyaan Johari Abu Bakar, 46, dikesan pada kedudukan 1.1 batu nautika dari kawasan antara Sungai Kesang, di sini dan Kuala Sebatu di Merlimau, Melaka.


“Isyarat telefon bimbit yang dikesan kali terakhir pada pukul 10.30 malam tadi sedikit sebanyak menjadi petunjuk baharu kepada operasi SAR kedua-dua nelayan tersebut.


“Walau bagaimanapun, kita tidak boleh memastikan sama ada telefon bimbit itu masih berada pada mangsa atau sudah dihanyutkan ke tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE