Dalam kejadian kira-kira pukul 8.21 pagi itu, mangsa, Zurina Aini Ayob, 38, meninggal dunia di tempat kejadian sementara suaminya, Amiruddin Awang, 48, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang, Mohd. Hafizie Hassan berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 8.26 pagi dan mendapati Amiruddin yang berada di tempat pemandu telah tersepit.

“Berdasarkan kejadian, van dipandu Amiruddin telah merempuh lori pasir ini dari arah belakang sehingga mengakibatkan kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

“Kita juga menemukan ikan dan peralatan memancing di dalam van dinaiki kedua-dua mangsa. Mayat mangsa kini dihantar ke hospital untuk dibedah siasat manakala lelaki terbabit dirawat di bahagian kecemasan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE