Dalam kejadian pada pukul 9.15 malam itu Azian Yem, 59, dan suaminya, Abdul Rahman Talib, 53, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar membeli makanan di gerai berdekatan rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah berkata, kemalangan maut itu berlaku apabila sebuah Toyota Vios dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu merempuh pasangan terbabit.

“Azian maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala suaminya pula parah dan mengalami patah tulang paha,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Ruslan, pihaknya kini sedang memburu pemandu Toyota Vios terbabit yang menghilangkan diri sebaik kemalangan berlaku dan sehingga kini masih belum tampil melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

“Kita meminta pemandu kenderaan terbabit segera tampil membuat laporan dan orang ramai yang

menyaksikan kejadian juga diminta membantu dengan membuat laporan di balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Khairul Reza Khalid di talian 017-7996672,” katanya.

Kes disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE