Kedua-dua mereka tiba di pekarangan IPFN kira-kira pukul 2.40 petang bagi melawat kesemua waris pelajar yang terkorban dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini.

Difahamkan, proses pengecaman mayat kesemua pelajar tahfiz masih dijalankan setakat ini. - UTUSAN ONLINE