Ketua Polis negeri, Datuk Azisman Alias berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pihak pemaju, Kasyaf Bina Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab dalam rekaan dan pembinaannya.

Kata beliau, pihaknya juga berpuas hati dengan perkembangan projek pembinaan tersebut yang mengikut jadual.

“Pemaju ini (Kasyaf Bina Sdn. Bhd.) mempunyai rekod yang baik dan sudah tentu pembinaan yang lebih awal daripada jadual asal membolehkan kita berpindah lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa menghadiri Kejohanan Menembak Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Lapang Sasar Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mata Ayer di sini hari ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat merasmikan kejohanan tersebut yang disertai kira-kira 100 orang.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Kejohanan itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan santapan tengah hari bersama kedua-dua baginda.

Dalam pada itu, Azisman memberitahu, indeks jenayah bagi tujuh bulan pertama tahun ini telah dapat dikurangkan sebanyak 20 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Pencapaian kedua terbaik dalam negara ini merupakan kejayaan semua pihak, hasil daripada kerja keras Ibu pejabat Polis Daerah (IPD),” katanya. - UTUSAN ONLINE