Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ikan yu di perairan Malaysia jadi sasaran nelayan asing

Ikan Yu
Robert (tengah) memegang sirip ikan yu yang telah dipotong oleh nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara.

KEMAMAN 19 Ogos - Agensi penguatkuasaan Maritim (APMM) Wilayah Timur sekali lagi berjaya mematahkan aktiviti menangkap ikan yu di perairan negara oleh nelayan asing yang dikesan semakin memberi tumpuan terhadap spesies itu.

Penahanan dua buah bot nelayan Vietnam bersama 25 nelayan termasuk dua tekong ketika melakukan akitiviti menangkap ikan secara haram di Zon Ekonomi Ekslusif ( ZEE ) pagi semalam menemukan 20  ekor ikan yu yang sebahagiannya sudah dipotong sirip.

 Pegawai Pemerintah Kapal Maritim ( KM ) Pekan ,Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata; bot terbabit ditahan kira-kira 60 batu nautika dari pantai Kuala Kemaman kira-kira pukul 9.36 pagi dan 10.20 pagi.

 "Ketika didekati, mereka  sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan, dan bila menyedari kehadiran kami, mereka bertindak memotong pukat dan cuba melarikan diri," katanya ketika ditemui di Pengkalan Maritim Kemaman, di sini hari ini.

Menurut beliau, bot terbabit turut dikesan menggunakan nombor  pendaftaran bot tempatan dan ketika ditahan kedua- dua bot tersebut sedang  memukat menggunakan pukat ganding.

 "Sirip ikan yu sangat mahal dipasaran sehingga boleh mencecah RM4,000 ringgit bagi sekilogram bahan kering dan ini menarik minat mereka untuk mengaut hasil di perairan negara ketika sumber di perairan negara mereka mungkin sudah pupus," ujarnya.

 Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan ikan pelbagai jenis termasuk ikan yu adalah seberat 1.4 tan dan nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan RM 1.5 juta. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain