Mereka yang maut ialah Sairulazuwan Nadzim, 37, dan isterinya, Azilina Abdul Aziz,37, serta anak mereka yang berusia tiga bulan, Muhamad Daris Iffat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa memandu dari arah Batu 9 Lekir menghala ke Teluk Intan.

“Kereta yang dipandu mangsa dipercayai cuba mengelak kon jalan lalu terbabas ke dalam parit sedalam 2.5 meter di sebelah kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, mereka sekeluarga  maut di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE