Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Ahmad Adnan Basri berkata, mereka ialah Yew Poi Shy, 37, perempuan (pemandu); Yew Yi Chen, 1 tahun 3 bulan (bayi lelaki); Teo Wee Tatt , 46,( lelaki); Lee Len Ying, 60, (perempuan) dan Shaw Swee Me, 42, (perempuan).

Menurutnya, identiti mangsa dikenal pasti hasil laporan keputusan ujian asid deosiribonukleik (DNA) dari Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, Ahmad Adnan berkata, pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini.

"Pemandu tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 44 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dalam kemalangan pada pukul 11.47 pagi Sabtu lalu, kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Kia Forte, rentung setelah kenderaan yang dinaiki terbakar akibat dirempuh sebuah treler membawa bijih besi. - UTUSAN ONLINE