Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, identiti kedua-dua warga negara jiran itu diperoleh daripada ahli keluarga pendaki gunung berkenaan.

Beliau berkata, Dominick bekerja sebagai pegawai keselamatan dan beralamat di Blok 81, Bedak Nof Road, Unit Num 14-300 Singapura manakala Jie beralamat di APTBLK 345 Ang Mo Kic Avenue 3#09-2250 Singapura.

"Kedua-dua mangsa merupakan kenalan dan mangsa lelaki merupakan pendaki berpengalaman dan pernah mendaki Hutan Lipur Gunung Pulai sebelum ini.

"Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa tidak menggunakan laluan pendakian yang biasa digunakan hingga menyebabkan mereka tersesat," katanya ditemui pemberita di kaki gunung berkenaan di sini hari ini.

Kelmarin, dua warga Singapura yang belum dikenal pasti identiti itu dilaporkan sesat di hutan berkenaan kira-kira pukul 5.55 petang. - UTUSAN ONLINE