Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ibu muda cemas bumbung rumah diterbang ribut

HARUN ABDUL AZIZ  (tengah) memeriksa kerosakan rumah Norhafizah Said yang rosak dilanda ribut di Kam
HARUN ABDUL AZIZ (tengah) memeriksa kerosakan rumah Norhafizah Said yang rosak dilanda ribut di Kampung Tanah Periuk, Kupang, semalam. MINGGUAN/NORLIA RAMLI

BALING 9 Sept. – Seorang wani­ta terkejut apabila bumbung ru­mah­nya diterbangkan angin da­­­lam kejadian ribut di daerah ini se­malam.

Norhafizah Said, 25, berkata, ketika kejadian, dia sedang menyu­su bayi lelakinya, Mohd. Adam Rifqi Asraf yang berusia 44 hari sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dari atas rumah­nya.

“Ketika menyusukan anak saya, hujan bersama angin ribut turun dengan begitu lebat dan berlaku hampir sete­ngah jam.

“Tiba-tiba, saya ternampak bumbung rumah yang berhampiran terangkat lalu di­terbangkan angin,” katanya ke­ti­ka ditemui di rumahnya di Kam­pung Tanah Periuk, Kupang di sini hari ini.

Menurut Norhafizah, kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku dengan pantas dan menyebabkan dia menjerit ketakutan lalu berlari ke dapur sambil mengendong bayinya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Harun Abdul Aziz berkata, sebanyak 18 kampung di Mukim Kupang dan dua kampung di Mukim Tawar terjejas teruk akibat ribut itu.

“Walau bagaimanapun, kita bersyukur kerana tiada kemala­ngan jiwa ataupun kecederaan berlaku,” katanya ketika ditemui selepas melawat lokasi-lokasi yang dilanda bencana alam itu.

Dalam pada itu, sebanyak 74 rumah di beberapa kampung dan taman perumahan di sekitar Alor Setar mengalami kerosakan dalam kejadian ribut petang kelmarin.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar, Kapten Pertahanan Awam, Mohd. Zain Baharom berkata, kebanyakan rumah tersebut me­ngalami kerosakan pa­da bahagian bumbung selepas diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut pada pukul 4.30 petang itu.

“Antara taman perumahan yang terlibat adalah Taman Nuri, Taman Golf, Flat Setia Jaya, Kampung Telaga Bata, Kampung Alor Gandak dan Mukim Taja,” kata­nya.

Selain itu, beliau memberitahu, empat buah kereta iaitu dua kereta di Taman Nuri manakala bakinya di Taman Golf turut mengalami ke­rosakan selepas ditimpa pokok yang tumbang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain