Majistret Farah Adlini Mohd. Din menjatuhkan hukuman itu ke atas Mariyana Anthoniammah Abdullah, 60, selepas tertuduh mengaku bersalah atas perbuatannya itu.

Tertuduh didakwa memandu kereta jenis Mitsubishi tanpa cermat sehingga menyebabkan kematian terhadap penunggang basikal, Abdul Rahman Sulaiman, 56, di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) menghala ke Jalan Kuching, dekat sini pada pukul 9.45 pagi, 8 Julai 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh juga dihukum penjara 12 bulan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdullah Khazali yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman sewajarnya kerana tertuduh telah melakukan kesalahan serius iaitu menyebabkan berlakunya kemalangan maut dan sebagai peringatan kepada tertuduh dan pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati. - UTUSAN ONLINE