Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ibu bersama 2 anak parah dalam kemalangan ke sekolah

Ibu bersama 2 anak parah dalam kemalangan ke sekolah 2
ANGGOTA bomba menjalankan operasi mengeluarkan wanita bersama anaknya yang tersepit dalam kereta Perodua Kancil di hadapan SMK Openg di Petra Jaya, Kuching pagi ini. - UTUSAN

KUCHING 6 Sept. - Seorang wanita bersama dua anaknya cedera parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Openg, Petra Jaya di sini pagi ini.

Jurucakap bomba berkata, mangsa, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi semasa mangsa, Maznah Mat Said, 47, mahu menghantar dua anak lelakinya,

Mohd Haikal Yo, 11, dan Azie Yo, 13, ke sekolah berkenaan.

Katanya, tiba di tempat kejadian kereta Perodua Kancil dinaiki tiga beranak itu telah bertembung dengan sebuah Toyota Wish yang datang dari arah bertentangan.

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya telah dihantar ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat tentang kemalangan itu pada pukul 5.56 pagi.

“Tiba di tempat kejadian, dua mangsa iaitu Maznah bersama Mohd. Haikal yang berada di bahagian hadapan kenderaan didapati tersepit di tempat duduk, manakala Azie sudah dikeluarkan oleh orang awam.

“Anggota bomba segera menjalankan operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dan menyerahkan mereka kepada pasukan paramedik untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain