Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra dinaiki air sehingga paras buku lali.

Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi memberitahu, walau bagaimanapun tidak menganggu kelancaran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di sekolah itu hari ini.

Difahamkan, kejadian itu berpunca akibat masalah sistem perparitan di kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE