ZAINAL AZMAN ABU SEMAN

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Zainal Azman Abu Seman berkata, bagaimanapun kekuatan hujan tersebut dijangka semakin berkurangan berbanding sebe­lumnya.

“Buat masa ini, kira-kira 8,300 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan dan dijangka meningkat dalam masa dua hari ini.

“Peningkatan itu disebabkan oleh arahan berpindah awal yang dikeluarkan oleh agensi-agensi terlibat memandangkan kami tidak mahu mengambil sebarang risiko yang boleh membahayakan nyawa orang ramai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Banjir yang melanda negeri Kelantan dan Terengganu men­jejaskan tujuh jajahan di Kelantan dan enam daerah di Terengganu.

Tambah Zainal Azman, be­berapa pusat pemindahan me­ngalami kekurangan bekalan dan memerlukan penghantaran stok dengan segera.

“NADMA akan membantu Ja­batan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam penyediaan logistik bagi mengagihkan bekalan-bekalan se­perti makanan dan keperluan harian kepada mangsa,” katanya.