Kejadian berlaku pukul 5.30 petang ketika mangsa, Asian Hussein, 48, dalam perjalanan pulang dari PPD menuju ke Kampung Pengkalan Pandan dekat sini.

Difahamkan ketika sampai di tempat kejadian, mangsa membelok ke kanan jalan dan tertekan pedal minyak menyebabkannya terbabas dan bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita dari arah bertentangan sebelum merempuh kedai makan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Kedua-dua mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan. - UTUSAN ONLINE