Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika menggunakan laluan itu.

Katanya, jalan FT185 itu merupakan laluan utama untuk ke Cameron Highlands, Pahang dan Ipoh, Perak.

"Kita berharap pengguna yang mahu menggunakan jalan berkenaan agar berhati-hati kerana hakisan mungkin menjadi semakin teruk sekiranya hujan berterusan.

"Kita juga telah meletakkan papan tanda amaran dan pengguna jalan perlu mematuhinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE