Ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Taksiah Ismail, 54, bersama dua anak berada di rumah anak lelakinya di  Kempas Johor.


Perkhabaran buruk itu diterima setelah dihubungi adiknya Hapisah, 45, yang tinggal bersebelah bersama empat orang anak  di rumah peninggalan arwah suaminya.


“Segala persiapan perkahwinan anak saya Norihah Ibrahim, 21, turut hangus,” ujarnya yang ditemui sejurus tiba di dari Johor tengah hari ini.


Sementara itu, Hapisah memberitahu, ketika kejadian, dia dan anak-anak yang sedang  tidur dikejutkan oleh  bau asap dan mendapati api sedang marak sebelum keluar menyelamatkan diri.


Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah, Zuhaida Harun berkata, pihaknya memberi bantuann awal kepada mangsa berupa makanan, pakaian, selimut dan tikar.


“Kesemua mangsa akan ditempatkan di balai raya buat sementara waktu sebelum mereka mendapat tempat tinggal yang lebih selesa,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE