Mayat pertama dilihat tiba di Pusat Operasi SAR di Pantai Leka, di sini pada pukul 11.10 pagi.

Mayat kedua yang dibawa ke lokasi sama oleh bot milik Pasukan Polis Marin (PPM) tiba kira-kira pukul 12 tengah hari.

Penemuan tersebut menjadikan empat mangsa terkorban, manakala nasib sembilan lagi krew kapal berkenaan masih belum diketahui dalam operasi SAR yang memasuki hari keempat. -UTUSAN ONLINE