Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, cuaca di sekitar daerah itu amat baik pada hari ini dan membantu penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Jelasnya, sebelum ini terdapat sebuah lagi pusat pemindahan di Taman Janggus melibatkan 18 orang mangsa daripada lima keluarga namun ditutup pada lewat petang tadi.

Sementara itu di Seberang Perai Utara (SPU) sebanyak 950 mangsa daripada 207 keluarga masih mendiami lima pusat pemindahan di Sekolah Agama Labuh Banting dan Dewan Desa Puri.

Selain itu penempatan lain adalah di Dewan JKKK Padang Menora, Sekolah Kebangsaan Padang Menora dan Dewan Muhibbah Sungai Dua. - UTUSAN ONLINE