Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Khairul Anuar Salim, 31, dalam perjalanan ke sekolahnya setelah bercuti hujung minggu di kampungnya, di Tampin, Negeri Sembilan.


Mangsa yang memandu bersendirian kereta jenis Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok kelapa sawit.


Akibat rempuhan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam bagi menerima rawatan kecemasan. - UTUSAN ONLINE