Mangsa, Khairul Anuar Salim, 30, didapati memuat naik status memaparkan analisis peratusan yang diperoleh pelajar tingkatan 4 itu di laman sosial Facebook­nya.

“Tiada pelajar gagal. Good job (syabas),” tulisnya dalam status Facebooknya yang dimuat naik arwah ketika berada di Tampin, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Khairul Anuar maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya hi­lang ka­walan lalu merempuh pokok kelapa sawit, kira-kira pukul 7 pagi ini ketika sedang dalam perjalanan ke sekolahnya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar MRSM Su­ngai Besar, Zeidi Zakaria berkata, kehila­ngan arwah amat dirasai seluruh MRSM ber­kenaan.

Katanya, selain me­ngajar subjek fizik, Allahyarham juga me­rupakan ketua guru asrama dan antara guru yang terawal melapor­kan diri di MRSM Su­ngai Besar sejak ia mula beroperasi tahun lalu.

“Arwah seorang yang aktif dan se­nang didekati guru serta pelajar. Arwah bukan hanya mengajar di kelas sahaja, malah beliau turun padang bercampur dengan pelajar seperti bermain bola tampar, sepak takraw dan sesekali bermain badminton.