Dalam kejadian pukul 12 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Qadri Ibrahim, 39, maut di lokasi nahas selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati, setiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa terbabas ke sebelah kanan ketika melalui satu selekoh.

“Bagaimanapun siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut sedang dijalankan mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -UTUSAN ONLINE