Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Haris Ibrahim berkata, semasa kejadian mangsa, Itum Likum, 52, sedang dalam perjalanan menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Lokawi menggunakan pacuan empat ronda jenis Ford Ranger apabila sebuah Toyota Hilux yang dipandu dari arah bertentangan terbabas dan merempuh mangsa.

“Akibat rempuhan berkenaan, guru yang bertugas di Sk Kem Lokawi itu maut manakala lima murid di dalam kenderaan itu yang berumur 10 hingga 12 tahun hanya cedera seperti patah kaki dan gigi.

“Toyota Hilux itu dipandu seorang lelaki bersama isterinya dan kedua-duanya selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya lima murid yang mengalami kecederaan adalah Mohammad Ashraf Mohammad Salleh dan adiknya, Nurul Syafiqah; Najwa Batrisyia Japri serta dua beradik iaitu Nur Aimie Shakira Suhaimi dan Muhammad Ilman. - UTUSAN ONLINE