Mangsa, Adi Hazly Ideris, 40, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Muar disahkan maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Sementara pemandu ambulan terbabit bersama-sama seorang pembantu perubatan dan pesakit mengalami luka-luka ringan termasuk di kepala dan badan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pertembungan itu mengakibatkan kereta Perodua Viva dipandu mangsa remuk di bahagian hadapan dan ambulan terbabit yang turut terbalik juga remuk di bahagian sama.

“Siasatan awal mendapati, dipercayai mangsa yang datang dari arah bandar Muar menghala ke Parit Jawa telah memasuki laluan bertentangan lalu berlaku kemalangan.

“Ambulan tersebut pula yang mengambil pesakit di Parit Samsu dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE