Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, Duroh Sinjan, 54, yang memandu kereta berjaya menyelamatkan diri tetapi gagal menarik Norsiah keluar kerana arus deras.

Mayat guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tedungan di sini ditemukan terdampar di tepi bukit berhampiran tempat ke­jadian oleh orang awam bersama anggota bomba yang menjalankan opera­si mencari dan me­nyelamat pada pu­­kul 8.27 pagi.

Ketua Zon 7 Bomba Limbang, Edmund D. Mahai Amboh berkata, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari Tedungan menuju ke rumah mereka di Kampung Pebahanan di sini apabila kepala air bersama tanah runtuh dari atas bukit mengheret kereta Proton Persona ke tebing jalan ketika melalui tempat kejadian.

“Arus bersama lumpur mengheret kereta mangsa ke dalam Sungai Bakol yang kebetulan sedang dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.