Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Guna telefon bimbit ketika isi minyak, wanita melecur disambar api

Melecur 2
ANGGOTA JBPM menyelamatkan mangsa yang melecur di bahagian badan selepas telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api di sebuah stesen minyak di Setapak Indah hari ini. Foto: Media Sosial

KUALA LUMPUR 28 Jun - Seorang wanita melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di sini, hari ini.

Kejadian itu berlaku di stesen minyak di Setapak Indah di sini ketika mangsa berusia 25 tahun itu sedang mengisi minyak keretanya sambil menggunakan telefon bimbit.

"Akibatnya, berlaku percikan api daripada pam berkenaan hingga menyambar telefon bimbitnya," kata Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani menerusi kenyataan di sini.

Katanya, JBPM menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.25 tengah hari tadi segera menghantar lima anggota daripada Balai JBPM Wangsa Maju ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, wanita itu melecur kira-kira 60 peratus pada bahagian badannya dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Bagaimanapun tindakan pantas pekerja stesen minyak yang curiga melihat sebelah kasut di bahagian luar sebuah kereta, berjaya  menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam kereta berkenaan selepas disambar api akibat penggunaan telefon bimbit.

Pengurus stesen minyak di Taman Setapak Indah itu, Muhd Haikal Kamarudin berkata selepas pekerjanya membuka pintu kereta berkenaan, kepulan asap keluar dari kereta itu, manakala wanita berkenaan meronta-ronta kesakitan akibat melecur 60 peratus bahagian badannya.

Dalam kejadian tengah hari tadi, wanita berkenaan melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api.

Mangsa yang dikenali sebagai T. Sarifhla, 25, dikatakan sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya dalam kejadian 1.25 tengah hari itu.

Wanita itu dipercayai bertindak masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu.

"Sebaik pekerja saya membuka pintu kereta, dia melihat terdapat banyak kepulan asap keluar dengan seluruh tubuh mangsa melecur bersama kulitnya melekat di belakang tempat duduk penumpang," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian hari ini.

Muhd Haikal berkata semasa pekerja membuka pintu kereta itu, api telahpun padam.

Beliau berkata para pekerjanya kemudiannya bertindak menutup seluruh kawasan stesen minyak itu dan menghubungi pihak polis dan bomba.

"Pada masa sama, pekerja saya turut menghalang orang ramai dari mendekati kawasan kejadian.

"Mereka semua telah dilatih supaya bertindak memberikan bantuan awal sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini sebelum bantuan seterusnya tiba," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain