Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dan kematian mangsa dilaporkan dalam kejadian berlaku kira-kira 4.50 pagi itu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada pukul 4.51 pagi.

Menurutnya, sejurus menerima laporan, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dan BBP Miri dikerahkan ke lokasi untuk melakukan kerja pemadaman.

“Tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar gudang berkenaan.

“Operasi pemadaman segera dilakukan bagi mengelak api marak ke kilang bersebelahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Poh Kiong memberitahu, pasukan bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengawal kebakaran tersebut.

Beliau berkata, buat masa ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat insiden itu masih lagi disiasat. - UTUSAN ONLINE