Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Nor Izham Mohd. Nidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.25 petang sebelum sepasukan bomba dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

“Apabila tiba di lokasi, api sedang marak dan pasukan bomba dengan kekuatan dua pegawai bersama 34 anggota memulakan operasi memadam kebakaran.

“Kita dapati lebih 40 peratus kawasan hadapan gudang tersebut telah musnah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE