Lebih malang dalam kejadian pukul 3.45 pagi itu, bapa pelajar berusia 24 tahun tersebut meninggal dunia manakala ibunya pula cedera parah.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Zaini Talib berkata, kejadian berlaku semasa keluarga tersebut seramai lima orang sedang dalam perjalanan dari Negeri Sembilan menuju ke Kangar.

Walau bagaimanapun kata beliau, setibanya di tempat kejadian, kereta Perodua Bezza dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh dua batang pokok di kanan jalan.

"Rempuhan itu mengakibatkan kereta berkenaan remuk.

"Kesemua mangsa iaitu tiga cedera parah manakala dua lagi cedera ringan telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, seorang penumpang berusia 75 tahun kemudian disahkan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE