Arahan berkenaan dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Ismail Sabri selepas beliau mengadalan lawatan ke Pusat Tajfiz Darul Al-Quran Ittafaqiyah yang terbakar dan mengorbankan 23 nyawa awal pagi tadi.

Menurut Ismail, langkah itu diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang di institusi-institusi pengajian agama berkenaan.

“Pemeriksaan pendawaian tersebut turut akan diadakan di rumah-rumah kebajikan dan rumah-rumah anak yatim.

“Kementerian juga akan mengadakan kutipan bantuan dalam kalangan petugas kami untuk menbantu keluarga mangsa,” kata beliau kepada pemberita.

Dalam pada itu, Ismail juga memaklumkan pihaknya akan melakukan kajian untuk menentukan bentuk bantuan lain yang boleh diberikan kepada mangsa yang terselamat dalam kebakaran yang berlaku sekitar pukul 5.41 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE