Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Mohd. Khairi Zainuddin berkata, operasi berkenaan yang turut disertai 98 anggota termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihak polis dan Jabatan Perhutanan negeri dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu diteruskan semula hari ini bermula pukul 8 pagi.

"Kawasan SAR hari ini tertumpu di sektor dua di mana ia adalah lokasi terakhir komunikasi perhubungan dibuat mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Setakat 1 petang ini, kedua-dua mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 30-an dan seorang wanita berusia 20-an masih belum ditemukan.

Kelmarin, dua warga Singapura yang belum dikenal pasti identiti itu dilaporkan sesat di hutan berkenaan kira-kira pukul 5.55 petang. - UTUSAN ONLINE