Panglima Komando Operasi Angkatan Udara (Koopsau) 1, Marsekal Muda TNI Nanang Santoso berkata, penghargaan itu turut diberikan kepada 11 negara lain yang telah menugaskan 18 pesawat pelbagai jenis dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke daerah terbabit.

Katanya, selain Malaysia antara negara terlibat setakat ini termasuk Jepun, New Zealand, United Kingdom, Qatar, India dan Australia.

“Indonesia turut berharap lebih banyak bantuan keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan dapat disalurkan kepada mangsa di sana,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE