Gempa bumi yang berpunca dari dalam tanah pada kedalaman kira-kira lima kilometer itu menyebabkan kesemua daerah di pantai barat Sabah merasai gegaran antara lima hingga 10 saat.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih mendapatkan maklumat lengkap tentang kejadian itu, namun mengesahkan tiada amaran tsunami dikeluarkan. - UTUSAN ONLINE