Balai Cerap Kandili, Istanbul melalui laman webnya melaporkan, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 4.12 petang waktu tempatan (10.12 malam ini waktu Malaysia) pada kedalaman lima kilometer dengan pusat gempa di antara kampung Gokdere dan bandar Palu.

Gegaran itu berlaku kira-kira dua minggu selepas satu gempa bumi kuat meragut berpuluh-puluh nyawa di wilayah sering yang terdedah dengan bencana alam tersebut.

Jurucakap pejabat Gabenor di Palu memberitahu AFP, buat masa ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan kecederaan atau kemusnahan. - AFP